Thursday, 17 November 2011

Baca Dan Tergelak ..

Seorang lelaki telah menginap 
di sebuah hotel di KL.
 Terdapat sebuah komputer di dalam 
bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan
 untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip 
alamat e-mail isterinya dan tanpa 
mengetahui kesilapan itu, dia pun terus 
menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda
 baru sampai ke rumahnya selepas pulang
 daripada majlis pengebumian suaminya.
 Janda tersebut mengambil keputusan untuk
 menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya
 terdapat mesej daripada saudara-mara
 dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
 pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
 Anak lelaki janda tersebut pun bergegas
 ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang
 di lantai dan dia pun membaca mesej
 di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Subject : Abang telah selamat sampai
Date : 30 Nov 2010

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut
 dengan kehadiran mesej ini.
 Mereka telah menyediakan komputer di sini
 pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail
 kepada sesiapa sahaja terutama insan
 kesayangan kita. Abang telah selamat sampai
 dan telah menginap dengan aman di sini.
 Abang lihat semuanya telah di sediakan
 di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.
 Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. 
Abang harap perjalananmu ke sini nanti 
lebih bermakna seperti apa yang telah
 Abang lalui ketika ini.


Moral: check email dulu sebelum hantar .. :D

No comments:

Post a Comment